Exabytes Cloud Hosting

Jelajah ilmu baru memang menyeronokkan

Salam ceria semua ! :) Wah lama sungguh Nis bercuti ya , sejak sebelum Aidiladha lagi . He-he . ;)

Bukan tak ada idea nak dicoretkan dalam blog ini tapi masa agak mencemburui dan masih tercari-cari rentak yang seirama dengan alunan jiwa ini . (cewahhh …)

Ilmu baru yang Nis maksudkan di sini ialah ilmu FTP . Bila sudah berjinak-jinak dengan hosting dan domain sendiri , WAJIBlah juga berjinak-jinak dengan FTP , File Transfer Protocol . Yakni ilmu bagaimana untuk memindahkan fail-fail dari komputer ke dalam simpanan hosting kita .

Alhamdulillah,ilmu itu sudah Nis kuasai sejak sebelum ini lagi cuma ada sedikit masalah apabila hendak memuatnaik fail gambar . Contohnya Nis nak jual sebuah produk reseller dan ketika mengedit HTML laman web produk itu , Nis teringin hendak menambah imej-imej lain yang tidak ada dalam fail reseller tersebut . Maka Nis perlu memindahkan fail imej itu terlebih dahulu ke dalam folder imej produk reseller tersebut terlebih dahulu , kemudian baru boleh teruskan proses FTP . Selama ini Nis gagal dalam hal ini , bukan sekali tapi berkali-kali hingga putus asa dan fobia dibuatnya . Mujurlah muncul semula azam dan semangat bari ingin mencuba lagi dan lagi sehingga berjaya ! :) Alhamdulillah … Nikmat sungguh terasa apabila berjaya setelah gagal . Seronok pula bermain-main dengan FTP dan CPanel yang satu ketika dulu begitu menakutkan ;) .

 

Ya , Nis banyak mempelajari ilmu-ilmu berkaitan internet ini secara sendirian berhad – melalui e-book , blog IM , forum dan sebagainya . Untuk Nis menghadiri kursus , adalah agak rumit kerana masih bersangkut dengan anak kecil . Jadi perlu gigihlah belajar sendiri ;) .

Jadi , bagi anda yang baru saja mengorak langkah ke dalam dunia perniagaan internet , selamat maju jaya Nis ucapkan ! Jangan malu jangan segan untuk bertanya kepada yang pakar berkaitan hal-hal ini dan usah berkira untuk mendapatkan sumber rujukan berbayar bagi memudahkan proses pembelajaran anda . Memang bahan-bahan percuma banyak terdapat di dalam internet akan tetapi dengan merujuk kepada sumber-sumber berbayar contohnya e-book , ia dapat menjimatkan masa anda yang berharga itu . Salam keusahawanan .

p/s: Entri akan datang ; produk-produk DiariNiaga.com :) Stay tuned !

 

Share and Enjoy

Share

Salam

Diari Niaga

Sudahkah anda melanggan artikel-artikel Diari Niaga ?

SALAM KENALAN SEMUA !
SELAMAT DATANG KE DN (DIARI NIAGA) !

Sejujurnya saya , Nis sangat gembira dengan ‘kelahiran’ DN .
Akhirnya !
Blog berasaskan perniagaan internet dalam bentuk lebih santai … tapi still informative ! ;)

Baby newborn ini bagaikan DN ... :)

Kalau kawan-kawan semua sudi , silalah subscribe RSS Feed untuk mengikuti perkembangan DN ni dari ‘newborn baby’ sehinggalah ‘dewasa’ . Mudah-mudahan …. amin .

Di sini kita akan berbincang-bincang topik berkaitan perniagaan berasaskan internet .

Maaf jika bahasa yang digunakan di sini bercampur-campur dengan bahasa inggeris sedikit dan gaya yang lebih santai . Memang itu yang Nis mahukan supaya pembacaan lebih relaks , ilmu pun dapat .

Jangan lupa ajak kawan-kawan bersantai di sini sekali ya ! :)

Salam usahawan ,

Nis Azmier
nis azmier

Share and Enjoy

Share

WordPress Themes

[Close Ad]