Exabytes Cloud Hosting

Tentang Blog

Terciptanya blog ini ada salingkait yang sangat rapat dengan status yang telah saya sebut tadi . Boleh anda teka ? Ya , status WAHM itulah . :)

Sejak kurang lebih 3 tahun lepas , saya telah mula mengambiltahu dan berjinak-jinak dalam dunia internet biz . Boleh dikatakan salah satu daripada obsesi saya .

Terma “bekerja dari rumah” dan “online biz” sangat-sangat menarik perhatian saya . Dan dalam pada itu banyak jenis e-book telah saya beli dan dapatkan secara percuma untuk mendalami ilmu online biz ini .
Saya bertatih-tatih sendiri mempelajari ilmu-ilmu berkaitan perniagaan internet selama beberapa tahun ini dan alhamdulillah bakal menampakkan hasil tidak lama lagi . Walaupun tidaklah gempak , tetapi ia suatu yang membanggakan saya kerana datang dari hasil usaha saya sendiri dengan dibantu sedikit oleh IM-IM berpengalaman di luar sana .

Objektif Blog

Antaranya untuk mewujudkan satu komuniti ibu-ibu yang bekerja dari rumah , di mana di sini saya ingin mengupas dan berkongsi topik-topik berkaitan dengannya . Saya tekankan ibu-ibu di sini kerana saya sendiri seorang ibu , surirumah sepenuh masa dan berminat untuk bekerja dari rumah .

Sungguhpun begitu , bukan bermakna non-homebizworker tak dibenarkan ‘bersantai’ di sini . Tidak . Sesiapapun dibenarkan untuk berada di sini . Mana tau , suatu hari nanti anda juga bakal menyertai homebiz ?

Bercakap tentang homebiz , tidak silap saya bukankah baru-baru ini kerajaan sudah mula mengiktiraf sektor pekerjaan online ?  Dan apa-apa perniagaan online yang kita buat perlu didaftarkan di bawah SSM . Sudahkah anda ? ;)

Antara inisiatif yang diberi ialah dengan mewujudkan laman web Lot.my iaitu sebuah laman web shopping cart untuk mereka yang mempunyai bisnes online . Bagi yang kurang bermampu untuk membeli domain dan hosting sendiri , sebuah platform yang baik telah disediakan untuk anda ! Ya , termasuklah saya . Jom lihat shopping cart lot.my saya di SINI .

Kalau anda juga ada apa-apa bisnes online , jangan segan-segan berkongsi dengan Nis di sini ya !

Incoming search terms:

  • tentang blog
  • niaga untuk ibu di rumah
  • bertatih tatih menuntut ilmu
  • online untuk ibu surirumah
  • www bizboleh com

Share and Enjoy

Share

No Comments

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

WordPress Themes

[Close Ad]