Share and Enjoy
{facebook-share}
Salam ceria semua !
Wah lama sungguh Nis bercuti ya , sejak sebelum Aidiladha lagi . He-he .
Bukan tak ada idea nak dicoretkan dalam blog ini tapi masa agak mencemburui dan masih tercari-cari rentak yang seirama dengan alunan jiwa ini . (cewahhh …)
Ilmu baru yang Nis maksudkan di sini ialah ilmu FTP . Bila sudah berjinak-jinak dengan hosting dan domain sendiri , WAJIBlah juga berjinak-jinak dengan FTP , File Transfer Protocol . Yakni ilmu bagaimana untuk memindahkan fail-fail dari komputer ke dalam simpanan hosting kita .
Alhamdulillah,ilmu itu sudah Nis kuasai sejak sebelum ini lagi cuma ada sedikit masalah apabila hendak memuatnaik fail gambar . Contohnya Nis nak jual sebuah produk reseller dan ketika mengedit HTML laman web produk itu , Nis teringin hendak menambah imej-imej lain yang tidak ada dalam fail reseller tersebut . Maka Nis perlu memindahkan fail imej itu terlebih dahulu ke dalam folder imej produk reseller tersebut terlebih dahulu , kemudian baru boleh teruskan proses FTP . Selama ini Nis gagal dalam hal ini , bukan sekali tapi berkali-kali hingga putus asa dan fobia dibuatnya . Mujurlah muncul semula azam dan semangat bari ingin mencuba lagi dan lagi sehingga berjaya !
Alhamdulillah … Nikmat sungguh terasa apabila berjaya setelah gagal . Seronok pula bermain-main dengan FTP dan CPanel yang satu ketika dulu begitu menakutkan
.

Ya , Nis banyak mempelajari ilmu-ilmu berkaitan internet ini secara sendirian berhad – melalui e-book , blog IM , forum dan sebagainya . Untuk Nis menghadiri kursus , adalah agak rumit kerana masih bersangkut dengan anak kecil . Jadi perlu gigihlah belajar sendiri
.
Jadi , bagi anda yang baru saja mengorak langkah ke dalam dunia perniagaan internet , selamat maju jaya Nis ucapkan ! Jangan malu jangan segan untuk bertanya kepada yang pakar berkaitan hal-hal ini dan usah berkira untuk mendapatkan sumber rujukan berbayar bagi memudahkan proses pembelajaran anda . Memang bahan-bahan percuma banyak terdapat di dalam internet akan tetapi dengan merujuk kepada sumber-sumber berbayar contohnya e-book , ia dapat menjimatkan masa anda yang berharga itu . Salam keusahawanan .
p/s: Entri akan datang ; produk-produk DiariNiaga.com
Stay tuned !
masih tak paham lagi senanye FTP tuh hape… :p
kaizen , FTP tu ialah proses memindahkan fail/folder dari komputer ke dalam server web .. tu je
Salam, ni ummie hani kan?
alhamdulillah, boleh la saya belajar thru awak..
ye, saya… dapat Numara detect saya ye
insyaallah, apa2 ilmu yg sy ada sedikit ni, sy cuba kongsikan…
haha.. saya cuma click link yg ada kat blog saye, pastu tengok gambar ni mcm kenal je.. tapi nama lain pulak..
terima kasih kerana mengenali…
ni nak jemput Numara download 7 Tools dan Software Usahawan Internet … Percuma
http://bit.ly/H9gwny