Jelajah ilmu baru memang menyeronokkan

Salam ceria semua ! :) Wah lama sungguh Nis bercuti ya , sejak sebelum Aidiladha lagi . He-he . ;)

Bukan tak ada idea nak dicoretkan dalam blog ini tapi masa agak mencemburui dan masih tercari-cari rentak yang seirama dengan alunan jiwa ini . (cewahhh …)

Ilmu baru yang Nis maksudkan di sini ialah ilmu FTP . Bila sudah berjinak-jinak dengan hosting dan domain sendiri , WAJIBlah juga berjinak-jinak dengan FTP , File Transfer Protocol . Yakni ilmu bagaimana untuk memindahkan fail-fail dari komputer ke dalam simpanan hosting kita .

Alhamdulillah,ilmu itu sudah Nis kuasai sejak sebelum ini lagi cuma ada sedikit masalah apabila hendak memuatnaik fail gambar . Contohnya Nis nak jual sebuah produk reseller dan ketika mengedit HTML laman web produk itu , Nis teringin hendak menambah imej-imej lain yang tidak ada dalam fail reseller tersebut . Maka Nis perlu memindahkan fail imej itu terlebih dahulu ke dalam folder imej produk reseller tersebut terlebih dahulu , kemudian baru boleh teruskan proses FTP . Selama ini Nis gagal dalam hal ini , bukan sekali tapi berkali-kali hingga putus asa dan fobia dibuatnya . Mujurlah muncul semula azam dan semangat bari ingin mencuba lagi dan lagi sehingga berjaya ! :) Alhamdulillah … Nikmat sungguh terasa apabila berjaya setelah gagal . Seronok pula bermain-main dengan FTP dan CPanel yang satu ketika dulu begitu menakutkan ;) .

 

Ya , Nis banyak mempelajari ilmu-ilmu berkaitan internet ini secara sendirian berhad – melalui e-book , blog IM , forum dan sebagainya . Untuk Nis menghadiri kursus , adalah agak rumit kerana masih bersangkut dengan anak kecil . Jadi perlu gigihlah belajar sendiri ;) .

Jadi , bagi anda yang baru saja mengorak langkah ke dalam dunia perniagaan internet , selamat maju jaya Nis ucapkan ! Jangan malu jangan segan untuk bertanya kepada yang pakar berkaitan hal-hal ini dan usah berkira untuk mendapatkan sumber rujukan berbayar bagi memudahkan proses pembelajaran anda . Memang bahan-bahan percuma banyak terdapat di dalam internet akan tetapi dengan merujuk kepada sumber-sumber berbayar contohnya e-book , ia dapat menjimatkan masa anda yang berharga itu . Salam keusahawanan .

p/s: Entri akan datang ; produk-produk DiariNiaga.com :) Stay tuned !

 

Share and Enjoy

Share

Salam Maulidur Rasul 1432

 

 

SALAM MAULIDUR RASUL 1432 HIJRAH . Terpanggil pula saya untuk menerbitkan entri di sini , yg pada asalnya nak diterbitkan di sana . Senyap sunyi pula nanti di sini kan ? ;)

Di kesempatan ini , marilah kita BERSELAWAT sebanyak-banyaknya ke atas junjungan besar , Nabi terakhir , tetapi penghulu segala Nabi , Nabi yang sangat dikasihi Allah , bagindalah Nabi Muhammad S.A.W .

ALLAHUMMMA SOLLI ALAA SAIYIDINAA MUHAMMAD WA ‘ALAA AALI MUHAMMAD

Berbanggalah menjadi ummat baginda kerana bagindalah satu-satunya Nabi yang boleh memberi syafaat untuk semua umat manusia . Jika kita baca kisah-kisah Nabi , selami segala pengorbanan Baginda , dan hayati kasih sayang Baginda terhadap kita semua umat akhir zaman ini , nescaya akan mengalirlah air mata sayu . Terasa rindu sekali terhadap baginda , dan terasa malu sekali untuk melakukan kemaksiatan . Anda juga boleh selami lebih banyak kisah bgainda dan para sahabat di sini .

Ok mari kita baca sedikit sejarah Maulidur Rasul ….

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Sumber : Wikipedia

Share and Enjoy

Share

WordPress Themes

[Close Ad]